Saturday, 18 February 2017

MAKANAN UNTUK OTAK - MENINGKATKAN FOKUS DAN INGATAN

Oleh Nurliya Ali Hanafiah. Konsultan Qaseh Gold
kredit sumber rujukan : draxe.com


Pernah ke kita tertanya, bagaimanakah makanan yang kita ambil ini memainkan peranan dalam fungsi otak?

Rupa-rupanya tanpa kita sedari, apa yang kita makan sangat memainkan peranan bukan sahaja kepada tubuh dan luaran kita tapi yang utamanya OTAK! Para saintis juga sedang gigih mengkaji dan mempelajari bahawa apa yang kita masukkan dalam mulut kita ini amat memberi kesan kepada kesihatan otak kita!

Pertamanya, badan kita ini tidak suka kepada tekanan..Umumnya kita semua tidak suka kepada tekanan @ stress. Banyak impak yang berlaku kepada tubuh bila ia mengalami tekanan ini.

Bila kita mengalami tekanan tidak kiralah samada tekanan itu dalam bentuk luaran atau dalaman (mental), badan kita akan mengeluarkan satu agen kimia tubuh yang dipanggil cytokins yang boleh menyebabkan keradangan.

Cytokins ini akan menyebabkan sistem imuniti kita bereaksi dan menganggap cytokins ini sebagai jangkitan lalu ia akan melawan dan ini mewujudkan inflamasi pada sel-sel tertentu.

Inflamasi yang disebabkan tekanan ini boleh mengganggu fungsi sel dan menyebabkan kerosakan yang lebih dan boleh mengarah kepada masalah kronik seperti penyakit autoimmune, tekanan darah tinggi, kemurungan dan lain-lain.

Dari sini ia berkait pula dengan makanan yang kita ambil. Sistem gastrousus kita iaitu perut, pankreas dan usus kecil memainkan peranan memastikan respon sistem imuniti dan keradanangan yang berlaku dalam keadaan yang terkawal. 

Tambahan pula hormon gastrousus yang dikeluarkan otak sangat mempengaruhi fungsi kognitif otak. Fungsi kognitif ialah fungsi keupayaan kita untuk melakukan kerja-kerja mudah dan kompleks seperti cara kita belajar, cara kita mengingat, cara kita fokud, komunikasi, kemahiran bahasa dan cara otak untuk tahu kita sudah kenyang!

Oleh itu, makanan yang tinggi ANTIOKSIDA, LEMAK SIHAT, VITAMIN DAN MINERAL akan membekalkan tenaga kepada sel dan membantu mencegah masalah berkaitan otak. Maka, bila kita fokus memberikan makanan yang bervariasi nutrisi yang bermanfaat untuk otak dan gastriusus, kita akan memberi manfaat kepada keseluruhan minda dan tubuh.


Apakah antara makanan yang baik untuk OTAK dan BADAN :

  • Minyak Zaitun(extra virgin) - Minyak zaitun memiliki antioksida polyphenol yang boleh memperbaiki daya ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit  otak penuaan seperti Azheimer.
  • Bayam dan sayuran hijau boleh membantu meningkatkan keupayaan mental dan membantu menurunkan risiko penyakit lupa atau dementia

Minyak Zaitun, Bayam, Pegaga menjadi antara bahan utama dalam setiap produk Qaseh Gold kerana berdasarkan khasiat yang dimiliki setiap bahan ini, ia dapat membantu meningkatkan fungsi otak seperti fungsi pembelajaran anak-anak, fokus, sistem imuniti dan mencegah penyakit penuaan seperti dementia dan alzheimer dikalangan orang dewasa.



Qaseh Junior hanya bernilai RM66 untuk pelaburan kesihatan anak-anak kita.

Qaseh Premier pula hanya bernilai RM120 untuk pelaburan kesihatan kita.


Untuk konsultansi dan pertanyaan lanjut. sila berhubung dengan:

Nurliya Ali Hanafiah 013-3703107
Independant Trained Health and Beauty Consultant Qaseh Gold
Pusat Jualan Qaseh Gold Paya Jaras, Sungai Buloh

#PusatJualanQasehGoldPayaJaras_SungaiBuloh


Friday, 17 February 2017

KECANTIKAN ITU TANGGUNGJAWAB!

:blossom:


Memiliki KULIT BERSIH, MUDA & CANTIK memang menjadi IMPIAN setiap daripada kita. Tidak kira anda WANITA atau LELAKI. Betul? :relaxed:


MINYAK KELAPA DARA ( VCO ) mempunyai sifat ANTIPENUAAN & TINGGI ANTIOKSIDAN. Juga dapat MEMBANTU KULIT KELIHATAN CERAH SEMULAJADI.
Dan....


G Skincare by GOJES Ana Edar adalah 100% menggunakan kandungan VCO serta BEBAS daripada 21 bahan kimia yang boleh menyebabkan kerosakan sel dibawah kulit.


WOW!! :scream:

Nantikan kemunculannya....
You will LOOK:lipstick:...GLOW, GLAM, GOJES!
:gem:
:gem
:ge




Nurliya Ali Hanafiah 013-3703107
Independant Trained Beauty Consultant Qaseh Gold -Gojes
Pusat Jualan Qaseh Gold Sungai Buloh


SOLE DAN FAEDAHNYA KEPADA KESIHATAN KITA

* kredit kepada Rumusan Kajian : Universiti Graz, Austria 2001 & Fenestra Laboratories, USA 2007

Sole adalah satu produk yang sangat baik untuk menyeimbangkan faktor Ph badan kita.


  • SOLE boleh membantu menyingkirkan logam berat seperti plumbum, merkuri, arsenik dan amalgam melalui pemecahan struktur molekul tersebut.
  • Dengan gabungan unik mineral ionik dalam SOLE, timbunan protein haiwan yang tidak terurai(asid urik) dapat disingkirkan melalui air kencing.
  • SOLE mampu membekalkan badan dengan tenaga daripada gabungan 84 mineral ionik penting. 
  • Frekuensi yang terkandung didalam SOLE boleh bertahan sehingga 24 jam didalam tubuh.
  • SOLE boleh menyelaraskan keseimbangan alkali/keasidan dalam badan(faktor ph) dan menyeimbangkan tekanan darah.
  • SOLE boleh menyah dan menghapuskan mendapan yang mengakibatkan pelbagai jenis penyakit sendi seperti athritis dan gout, buah pinggang, pembentukan batu pundi hempedu dan batu karang.
  • SOLE boleh mengurangkan rasa ketagihan (gula, rokok dan dadah)
  • SOLE boleh membantu mengatasi masalah penyakit kulit melalui proses perkumuhan dari dalam tubuh bila di minum dan ia juga membantu apabila digunakan secara luaran(disapu)

SOLE Pati Mineral Kristal Himalaya RM60 170ml


Untuk Konsultansi dan pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Nurliya Ali Hanafiah 013-3703107
Independant Trained Health Consultant Qaseh Gold
Pusat Jualan Qaseh Gold Paya Jaras, Sungai Buloh

IKHTIAR HAMIL : DOA DAN MAKANAN BERKHASIAT

Text by : Nurliya Ali Hanafiah
Photo : Team Qaseh Gold QKN

Setiap pasangan yang berumahtangga pastinya mengidamkan anak-anak untuk mewarnai mahligai yang di bina. Gelak tawa si kecil akan sentiasa membuatkan hati si ibu dan bapa berbunga-bunga kegembiraan.

Untuk sesetengah pasangan, proses kearah membina keluarga ini kadangkala memberikan sedikit cabaran. Banyak faktor yang boleh menyukarkan proses untuk hamil. Ini memerlukan kesabaran, kefahaman dan ikhtiar yang berterusan.

Tubuh manusia ini sangat istimewa. Ia cukup disiapkan oleh Allah untuk kita menjalani kehidupan kita di dunia ini dan berfungsi sebagai makhluk yang membiak untuk meneruskan legasi generasi masa hadapan.

Ikhtiar hamil ini memerlukan kolaborasi dan gabungan usaha suami dan isteri. Ianya bukan hanya tertakluk kepada sebelah pihak sahaja. 

Faktor kesihatan tubuh antaranya memainkan peranan yang besar untuk membantu memudahkan usaha untuk hamil. Badan yang sihat memerlukan sumber nutrisi yang lengkap yang amat penting dan diperlukan badan.

Selain dari itu, kita boleh menggabungkan dengan aspek kerohanian iaitu doa dan meminta kepada Allah untuk membantu dan memudahkan usaha untuk hamil.

Berikut adalah DOA dan ZIKIR yang boleh kita amalkan sebagai satu usaha. Amalkan seawal perkahwinan. 




Kestabilan hormon adalah penting dalam membantu usaha untuk ikhtiar hamil. Ini kerana hormon memainkan peranan penting untuk sistem pembiakan manusia. Oleh itu, pengambilan makanan yang boleh membantu menstabilkan sistem hormon ini amat diperlukan supaya ianya dapat diseiringkan dengan usaha untuk hamil.

Qaseh Gold diformulasikan dengan menitikberatkan pilihan gabungan makanan yang bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan fungsi badan. Antara elemen yang difokuskan ialah MENSTABILKAN HORMON, EMOSI DAN IMUNITI.

Qaseh Adinda untuk wanita dan Qaseh Kekanda untuk lelaki memiliki bahan makanan sebenar semulajadi untuk membekalkan badan dengan sumber nutrisi(vitamin, serat dan mineral) untuk meningkatkan dan melancarkan sistem hormon tubuh.





Untuk Konsultansi dan penjelasan lanjut, sila hubungi:

Nurliya Ali Hanafiah  013-3703107
Konsultan dan Rakanniaga Qaseh Gold
Pusat Jualan Qaseh Gold Paya Jaras, Sungai Buloh







Thursday, 16 February 2017

❤️TIPS DAPAT BABY BOY atau BABY GIRL❤


🔴 INGAT!

Jantina baby bergantung pada kromosom yang di bawa oleh sperma suami ya. Jadi, jangan kata semua salah isteri bila jantina baby tidak seperti yang diingini.

• baby girl kromosom XX
• baby boy kromosom XY

Kalau sperma suami bawa kromosom X maksudnya baby girl yang akan terhasil, kalau sperma suami bawa kromosom Y baby boy akan terhasil (sebab dalam telur orang perempuan ialah X) 😊

Oh..ya kena tahu juga jangka-hayat Kromosom Y LEBIH PENDEK berbanding jangkahayat kromosom X.


👦🏻Untuk dapat baby boy:

✔️Elakkan makan makanan berasid, kerana ia akan membunuh sperma lelaki.
✔️Makan makanan bergaram.
✔️Elakkan pengambilan susu dan sebarang produk tenusu seperti keju, yogurt, kekacang, coklat dan roti bijirin penuh.
✔️Suami perlu mempunyai bilangan sperma yang lebih banyak. Semakin banyak bilangan sperma, semakin tinggi peluang untuk sperma lelaki berjumpa dengan telur dahulu (ingat jangkahayat Y lebih pendek kan).
✔️Elakkan bersama seminggu sebelum waktu subur (mula hubungan intim pada waktu subur supaya sperma banyak).
✔️Lakukan hubungan intim pada waktu malam
✔️Amalkan pembacaan Surah Yusuf semasa kandungan belum mencecah 3 bulan.



👧🏻Untuk dapat baby girl:

✔️Melakukan hubungan intim sebelum waktu subur wanita.
✔️Elakkan mengambil makanan bergaram.
✔️Elakkan pengambilan buah-buahan segar, bayam, tomato, coklat, kopi dan teh.
✔️Banyakkan pengambilan susu dan produk tenusu seperti kekacang, cheese dan yogurt.
✔️Ambil makanan berasid.
✔️Lakukan hubungan intim pada waktu siang.
✔️Amalkan pembacaan Surah Maryam sebelum kandungan mencecah 3 bulan.


Saja bagi tips untuk pengetahuan bersama.

Sila kongsikan untuk manfaat bersama.


*Psst..gabungkan dgn qaseh Adinda dan Kekanda untuk suburkan sperma dan menyiapkan rahim.

Konsultan Qaseh Gold 
Nurliya Ali Hanafiah 013-3703107
Qaseh Gold Paya Jaras, Sungai Buloh





ANAK SEMBELIT : TANDA DAN KESAN KEPADA ANAK KECIL KITA

oleh : Nurliya Ali Hanafiah


Bagaimana ingin kita ketahui yang anak kita mengalami sembelit? Sembelit ini boleh mendatangkan tekanan emosi seperti takut untuk membuang air besar kerana kesakitan yang dirasai anak setiapkali hendak membuang.



Perhatikan perkara-perkara berikut :


  • Anak hanya membuang kurang dari 3 kali seminggu
  • Najis yang keras, kering dan sukar hendak keluar
  • Kesakitan semasa membuang
  • Kesakitan pada perut
  • Kesan kotoran seperti warna lumpur pada seluar dalam anak. Ini tandanya najis tersekat pada saluran najis
  • Darah pada najis

AWAS ya! Najis yang keras dan rasa kesakitan semasa membuang yang dialami oleh anak kecil kita akan membuatkan mereka menahan diri walaupun mereka perlu membuang. Ini mungkin membawa masalah yang serius jika dibiarkan!

Ambil tahu keadaan anak anda kerana ianya menjadi tugas kita.



Formulasi Qaseh Junior dirumus khas untuk membantu mengatasi masalah sembelit anak-anak. Gabungan kurma, buah tiin dan gum arabic serta bayam dan pegaga memberikan sumber serat yang cukup untuk mengelakkan sembelit dan melegakan sembelit.

Pengambilan yang konsistan akan membantu meningkatkan kesihatan usus anak-anak kita.

-Nurliya Ali Hanafiah-
Independant Trained Health Consultant Qaseh Gold
Konsultan dan Rakanniaga Qaseh Gold
Pusat Jualan Qaseh Gold Paya Jaras-Sungai Buloh
WA/Call 013-3703107




SAYANG ANAK? BUATLAH PILIHAN BIJAK MELABUR UNTUK KESIHATAN MEREKA DARI SEKARANG!

oleh : Nurliya Ali Hanafiah , Konsultan Qaseh Gold


Zaman kanak-kanak hanya berlaku sekali dalam seumur hidup. Masa inilah kita membina memori dengan input-input yang positif dan membina peribadi mereka.

Bila mereka melihat ibubapa yang mementingkan kesihatan, prihatin pula pada makanan-makanan yang diberikan kepada anak-anak, secara tidak kita sedari tindakan kita menjadi perhatian mereka. Ibu bapa ini ibarat cermin kepada anak-anak.

Dari tindakan kita ini, ia memberi satu input yang positif kepada minda anak-anak bahawa untuk sihat kita perlu makan makanan yang cukup bernutrisi dan sihat serta suci dan halal.

Apa yang kita beri sekarang membina satu masa depan yang bermakna dan berkualiti untuk mereka. Merekalah penyambung legasi dan generasi kita.

Maka, buatlah pilihan bijak dengan Qaseh JUNIOR untuk pelaburan kesihatan, tumbesaran dan perkembangan minda hero-hero kecil anda!

Qaseh Junior membantu meningkatkan tahap imuniti anak-anak dalam melawan penyakit. Elemen-elemen gabungan variasi vitamin dan serat memberikan sumber nutrisi lengkap untuk membantu sistem imuniti anak-anak.

Sumber badam, kismis, pegaga dan bayam pula membantu tumbesaran dan perkembangan minda anak-anak untuk lebih fokus belajar, lebih cergas dan membesar seperti kanak-kanak sebaya mereka.

Bahan-bahan makanan di dalam Qaseh Junior  ialah KURMA, MADU, DELIMA, TIIN, KISMIS, BAYAM, MINYAK ZAITUN, MINYAK HABBATUSSAUDA, GUM ARABIC, GARAM BUKIT, GINGKO BILOBA, PEGAGA, BADAM, ZAAFARAN DAN AIR ZAM.

Qaseh Junior adalah bahan 100% semulajadi yang disyorkan Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia sebagai makanan tambahan yang bermanfaat kepada tubuh.



Untuk khidmat konsultansi dan maklumat lanjut :

Nurliya Ali Hanafiah 013-3703107
Konsultan dan Rakanniaga Qaseh Gold
Pusat Jualan Qaseh Gold Paya Jaras(Sungai Buloh)






Monday, 13 February 2017

QASEH GOLD MAHAL?

Kredit : Team Qaseh Kazim by Azwin Mohd Ghalip

Ada yang kata, Qaseh Gold mahal.
Saya senyum saja.
Mungkin Tuan Puan tak perasan..

  • Qaseh Gold ada 7 asas makanan sunnah iaitu Kurma, Madu, Habbatussauda, Tiin, Zaitun, Delima & Air Zam-zam.
  • Qaseh Gold diperkaya dengan kehebatan Gam Arabic sebagai Prebiotik Semulajadi & herba tradisi seperti Za'afaran, Gingko dan Sireh.
  • Ia juga mengandungi herba khusus :
Tribulus, Guarana & Ashwaganda (KEKANDA)
Passiflora , Pegaga & Manjakani (ADINDA)
Kismis, Badam dan Bayam (JUNIOR)
Kalsium Tulang Ikan, Biji Anggur, Gojiberi, Kranberi, Kacang Ginjal Putih,
Roselle (PREMIER)

:white_check
hite_check_mark: :white_check_mark:
Tuan Puan boleh bandingkan nilai harganya dengan bahan bahan tadi. Cuba beli satu persatu di kedai. Tuan Puan dapat rasakan Qaseh Gold ini jauh lebih murah harganya.

Qaseh Gold telah diformulasikan yang mana ia memudahkan pengambilan makanan sunnah dan herba terpilih setiap hari.



Hanya perlu mengambil masa 1 minit sahaja untuk minum 2 sudu Qaseh GOld setiap pagi dan malam.

InsyaAllah, jika kita onsistan dalam pengambilan, ia memberi kesan positif dalam kesihatan Tuan Puan.

  • Semua produk Qaseh Gold yang dihasilkan adalah berlandaskan konsep BARAQAH PRACTICE yang merupakan satu piawaian dalam amalan PENGILANGAN, PENGURUSAN & PEMASARAN dalam menggarap redha dan keberkatan dari Allah SWT.
  • Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) juga mengesyorkan pengambilan Qaseh Gold sebagai makanan tambahan yang bermanfaat.

BANDINGKAN NILAINYA DAN BANDINGKAN DENGAN KESIHATAN TUAN PUAN YANG JAUH LEBIH MAHAL NILAINYA.

-Konsultan Qaseh Gold Paya Jaras, Sungai Buloh-
Nurliya Ali Hanafiah
013-3703107



:white_check_mark:

:white_check_mark:
Setuju:heart:

Thursday, 9 February 2017

MALNUTRISI - KEKURANGAN ZAT MIKRONUTRISI dan KESANNYA KEPADA BADAN KITA

'MICRONUTRIENT MALNUTRION' - KEKURANGAN ZAT NUTRISI
- oleh Nurliya Ali Hanafiah


Kekurangan zat nutrisi mikro (micronutrient malnutrion) ialah keadaan kekurangan zat vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan kita untuk tumbesaran dan perkembangan sistem badan.

Kekurangan vitamin ialah seperti kekurangan vitamin A, B, C dan E manakala kekurangan mineral pula ialah seperti kekurangan mineral zat besi(iron), calcium, folate, iodin, zinc, selenium dan lain-lain.

Kekurangan nutrisi-nutrisi ini boleh mengganggu fungsi dan proses tubuh dan menyembangkan ketidakseimbangan sistem kesihatan kita.


sumber credit to : https://www.thinglink.com/scene/723593571944366080



Mari kita lihat pula antara beberapa perkara yang akan berlaku kepada badan kita jika kita mengalami kekurangan nutrisi ini: 


sumber credit to http://www.slideshare.net/stevenboyages/prevention-against-micronutrient-malnutrition



sumber credit to : http://www.simplesoynuts.org/micronutrientbasics.html

Malnutrisi atau kekurangan nutrisi(micronutrien) adalah isu yang sangat besar secara global dan sangat memberi kesan kepada manusia terutamanya kalangan kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan kematian dan mengganggu tumbesaran kanak-kanak dan menyebabkan risiko penyakit yang tinggi dan menggugat kualiti hidup dan masa depan mereka.

Untuk orang dewasa pula, ia boleh menyebabkan beberapa penyakit atau gangguan tubuh yang juga akan mengganggu kualiti hidup.

sumber credit to http://www.slideshare.net/Jijoallsaints/nutritional-dissorders



==================================================
(kredit penuh - Dr Zubaidi Health https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/?fref=ts)

Masalah kekurangan mikronutrien yang berpanjangan (Chronic undernourishment) akan menyumbangkan masalah kronik yang lain seperti "rasa tidak puas makan" sehingga menyebabkan cepat rasa lapar dan mahu makan lagi dan lagi dan akhirnya kegemukan.
Apabila tubuh kita mengalami kekurangan mikronutrien yang tertentu, ia akan mengganggu penghantaran isyarat yang memberitahu tubuh yang kita cukup puas makan (satiety). Ini menyebabkan kita tidak berasa kenyang dengan makan yang kita makan.

Tubuh akan berasa yang kita akan berasa kekurangan mikronutrien tertentu dan memberikan isyarat untuk terus makan untuk memenuhi keperluan nutrien tersebut.

Oleh itu, kita rasa lapar (atas kekurangan nutrien ini) kita akan mencari karbohidrat ringkas speerti biskut dan roti.
Oleh kerana makanan seperti ini tidak membekalkan nutrien "yang dicari", maka karbohidrat ringkas ini akan dicernakan dan ditukar menjadi glycogen yang akhirnya disimpan di dalam sel2 lemak. 

Jadi, apabila kita terus makan, ia akan menyebabkan kita terus kegemukan.

Sebagai contoh, kita kekurangan zinc (kekurangan mikronutrien yang biasa berlaku dikalangan kita), tubuh akan "merasa tidak puas" dan berselera pula untuk terus mengunyah.

Ini benar, kerana ada yang seronok mengunyah ais, rambut, gula-gula setiap masa bagi mengurangkan rasa "mengidam" itu.

Tabiat sebegini sudah tentu merosakkan tubuh kita sendiri. Ia hanya berpunca dari kekurangan mikronutrien.


========================================================



Jadi, bagaimanakah kita ingin mengatasi atau menangani masalah kekurangan zat (malnutrisi) ini?


Caranya ialah memastikan kita mengambil variasi makanan yang mengandungi nutrisi lengkap micronutrisi iaitu gabungan makanan yang terdiri dari buahan dan sayuran yang memiliki SPEKTRUM VITAMIN dan MINERAL yang cukup.

Namun, dalam kehidupan kita sekarang ini, kadangkala agak sukar untuk kita memastikan kita mempunyai sumber makanan yang sesuai untuk membekalkan spektrum khasiat mikronutrisi ini.


Atas sebab inilah, Ana Edar menawarkan Rangkaian Produk QASEH GOLD dan SOLE dengan prinsip bagi menawarkan formulasi makanan dengan tujuan menambahkan dan menampung kekurangan micronutrisi dalam pemakanan harian kita.

QASEH GOLD memiliki spektrum vitamin yang luas merangkumi Vitamin A, B, C, D, E dan K manakala SOLE memiliki spektrum 84 mineral semulajadi keperluan badan. 

Keduanya diadun dan diambil dari sumber semulajadi dan diproses dengan teliti mematuhi prinsip Syariah Baraqah Practise dalam membekalkan sumber formulasi makanan berfungsi yang BERMANFAAT, BERNUTRISI, SIHATdan SELAMAT.



Untuk maklumat lanjut dan konsultansi, sila berhubung dengan KONSULTAN QASEH : 

NURLIYA ALI HANAFIAH.
013-3703107 

-Independant Trained Health Consultant-
Qaseh Gold Paya Jaras -Sungai Buloh
Pusat Jualan Qaseh Gold Paya Jaras








Wednesday, 8 February 2017

QASEH ADINDA - Minuman Botani Khusus untuk wanita dan anak gadis

QASEH GOLD ADINDA - WANITA ADALAH ASET KEHIDUPAN



Rumusan minuman botani Kurma Asli, Madu, Pegaga dan Manjakani dibuat khusus untuk membantu MENAMBAH TENAGA dan meningkatkan KESIHATAN DALAMAN wanita.

Minuman kesihatan Qaseh Adinda memiliki gabungan variasi vitamin dan  mineral yang amat diperlukan oleh badan membantu dalam proses-proses tubuh setiap hari.

Tubuh wanita yang memiliki cukup nutrisi bermanfaat, insyaAllah dapat bertahan lama dan sihat sejahtera.


ADINDA untuk membantu :

  • Memperbaiki kesihatan reproduksi wanita
  • Memperbaiki kualiti keintiman hubungan suami isteri
  • Membekalkan tenaga dan mengurangkan keletihan
  • Meredakan tekanan dan menstabilkan emosi
  • Menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan penyakit
  • Menambah kekuatan daya ingatan
  • Melancarkan pembuangan air besar



ADINDA bermanfaat untuk wanita atau anak gadis yang :
  • mengalami masalah keputihan / senggugut
  • mengalami hormon tidak stabil / datang haid tidak teratur
  • mengalami masalah cyst / fibroid
  • sebagai ikhtiar untuk masalah sukar hamil
  • masalah anemia atau kurang darah
  • masalah alahan kehamilan
  • tekanan atau stress 
  • sukar tidur dan kemurungan
  • cepat letih dan penat
  • rasa tak cergas
  • kulit wajah tidak sihat, tak bermaya
  • resdung, ekzema, asma
  • keletihan emosi



Adinda memiliki ramuan terpilih iaitu Madu, Kurma, Glukosa, Tiin, Delima, Manjakani, Pegaga, Passiflora, Minyak Zaitun, Gam Arab, Garam Bukit, Gingko Biloba, Minyak Habbatussauda, Sireh, Zaafaran dan Air.

Untuk pertanyaan lanjut, bolhe hubungi saya selaku Konsultan Qaseh Gold Paya Jaras, Sungai Buloh : NURLIYA ALI HANAFIAH 013-3703107