Saturday, 1 October 2016

ANTI PENUAAN (Anti-Aging)

Apabila badan kita meningkat usia, ia turut mengalami perubahan yang besar. Tubuh fizikal kita berubah begitu juga fungsi sistem badan turut berubah.

Sistem badan kita tidak lagi berfungsi dengan cekap macam masa kita masih muda.

Atas sebab itu, pakar pemakanan selalu menyarankan badan kita dijaga dengan baik dari awal dengan mengamalkan diet pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Bayangkan badan kita seperti kereta dan rumah kita.. Makin lama, makin mahal kos menjaganya dan banyak yang perlu diperbaiki. Walaubagaimanapun, badan kita tidak boleh diperbaiki seperti kereta semudah itu.

Jadi, bagaimana kita nak menjaga tubuh kita supaya ianya tidak mengalami Penuaan sebelum Usia (premature aging)?

RAHSIAnya ialah beri Perlindungan kepada SEL-SEL badan anda dengan makanan berkhasiat yang tinggi kandungan ANTIOKSIDA dan memiliki vitamin-vitamin dan mineral yang banyak untuk merangsang badan membina antioksida untuk melawan radikal bebas.

Radikal bebas boleh membunuh sel-sel badan setiap saat dan antioksida yang cukup dalam badan boleh ‘menjinakkan’ pemusnah radikal bebas ini!

Makanan yang mengandungi sumber antioksida yang tinggi ialah Minyak Zaitun, Kranberi, Gojiberi, Ceri, Biji Anggur, Delima , Roselle, Ceri dan banyak lagi buahan dan sayuran.

Jadi, jika anda hendak memPERLAHANkan PENUAAN, amalkan buahan dan sayuran yang tinggi kandungan antioksida. Selain itu, Nurliya secara peribadi suka menambahkan pemakanan tambahan dari sumber semulajadi seperti Premier dan Gojes yang memiliki bahan yang kaya vitamin serta mineral Sole untuk menampung kekurangan dari pemakanan harian kita


“Let’s Age Gracefully”

Nurliya Ali Hanafiah
Independent Health/Beauty Consultant
Qaseh Gold
013-3703107 


#YourQasehGoldExpert #sungaibuloh
#Premier #Gojes #sole
#antipenuaan #vitaminkulit #vitaminbadan #sharingiscaring #bahanPremier
#awetmuda #kranberi #gojiberi #kayaantioksida #argan #minyakzaitun #astaxanthin # roselle #vitaminC #vitaminA



Qaseh Premier + Sole : RM180 sahaja (belum termasuk kos pos)


Qaseh Gojes + Sole : RM200 sahaja (belum termasuk kos pos)


Thursday, 22 September 2016

Garam Kristal Himalaya - Garam semulajadi yang bermanfaat untuk badan kita

Garam Kristal Himalaya ialah garam yang mempunyai manfaat kesihatan dan merupakan garam yang paling bersih di dunia. Ia terbentuk lebih kurang 250 juta tahun dahulu (zaman sebelum kewujudan dinasour-prasejarah) apabila cahaya matahari pada masa itu mengeringkan laut utama bumi (original primal sea).

Garam kristal ini sangat bersih, asli tanpa pencermaran dan semulajadi serta sangat menyerupai komposisi laut utama bumi (original primal sea). Ia mengandungi semua elemen yang boleh dijumpai dalam badan manusia iaitu kita!

Garam istimewa ini mengandungi banyak tenaga yang bermanfaat untuk tubuh manusia. Tenaga bio-photon dalam garam kristal ini akan dilepaskan bilamana air ditambah kepada garam kristal ini. Larutan garam kristal ini yang kita kenali sebagai 'SOLE'.

Perbezaan warna pada garam kristal ini ialah disebabkan tekanan yang dikenakan oleh alam selama jutaan tahun dan ini memberikan struktur 'cube' yang lebih sempurna dan tenaga yang lebih hebat didalam garam kristal ini. Lebih jernih dan tidak berwarna sesuatu garam kristal ini, lebih tinggi keaslian dan bersih serta lebih tinggi kandungan mineral dan tenaga bio-photon yang terkandung di dalamnya.

Garam kristal ini mengandungi elemen mineral yang lebih halus(colloidal) dan lebih mudah diserap oleh sel badan kita untuk digunakan dalam proses metabolisme tubuh.

Garam Kristal Himalaya ini merupakan garam yang yang memiliki 84 elemen mineral bernutrisi yang badan kita perlukan. Ia dilombong secara manual (hand mining) dari sumber yang sangat terlindung dari pencemaran, dalam keadaan asli, bersih dan semulajadi. Ia juga tidak mengandungi sebarang bahan kotoran dari pencemaran alam.


Kegunaan Garam Kristal Himalaya:
  • Mengembalikan kesegaran tubuh dengan menambahkan dalam air mandian
  • Mengembalikan dan merawat kulit
  • Terapi minuman untuk isu kesihatan
  • Sebagai perasa dalam masakan
  • Mempunyai manfaat untuk kesihatan tubuh sepanjang hayat kerana kandungan tenaga bio-photon dari alam.


Garam kristal ini perlu dilombong secara manual dengan tangan (hand mining) untuk mengekalkan struktur gelombang yang memberikan tenaga alami kepada tubuh kita. Oleh sebab itu, ia bukan sahaja menaikkan nilai manfaat garam, harganya juga lebih sedikit dari garam biasa (garam laut, garam bukit)


PERBEZAAN GARAM BUKIT DAN GARAM KRISTAL

Elemen struktur garam bukit hanya berada di bahagian luar kristal dan tidak memiliki frekuensi gelombang tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel badan kita. Garam bukit lebih baik dari garam biasa(table salt) kerana ianya lebih semulajadi. Namun demikian, ia tidak mempunyai sebanyak manfaat yang berguna untuk kegunaan tubuh kita berbanding dengan garam Kristal.

Garam kristal memiliki struktur yang lebih kukuh dengan gelombang tenaga dan bentuk struktur (ionic-colloidal) yang lebih dikenali oleh badan kita. Ini memudahkan sel-sel badan kita menyerap elemen mineral dalam garam kristal. Dalam kata yang mudah, struktur garam kristal ini lebih halus untuk diserap oleh sel-sel dan digunakan dalam proses metabolisme tubuh.


KENAPA GARAM BIASA(table salt) BERBAHAYA?

Garam biasa ini kita juga kenali sebagai sodium chloride. Garam ini ialah garam semulajadi yang telah diproses secara kimia dan dikurangkan elemen mineralnya hanya kepada SODIUM dan CHLORIDE. Mineral penting dan mineral surih/mikro (trace element) dikeluarkan kerana dianggap sebagai bahan kotoran (impurities)

Oleh itu, garam biasa ini tidak memiliki tenaga yang badan kita perlukan kerana komposisi mineral yang sudah berubah dan tidak seimbang. Sodium Chloride memerlukan sumber mineral lain untuk ia berfungsi dengan terbaik. Tanpa mineral-mineral lain, sodium chloride ini menjadi elemen yang sangat aggresif dan boleh memudaratkan. 

Maka jadikan garam biasa ini hanya sebagai perasa untuk makanan kita tanpa memiliki tenaga yang sepatutnya bermanfaat untuk tubuh badan.

Garam biasa inilah yang menyumbang kepada isu kesihatan seperti masalah darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan lain-lain.


FUNGSI GARAM dalam TUBUH

Fungsi utama garam dalam tubuh selain membekalkan mineral bertenaga untuk setiap sel, garam memainkan peranan mengimbangkan Ph darah kita. Seterusnya ia membantu menyeimbangkan dan mengawal keseluruhan fungsi sistem badan kita.


Pilihlah garam yang sihat iaitu garam semulajadi yang memiliki tenaga bio-photon alami bermanfaat untuk tubuh badan kita!


-Nurliya Ali Hanafiah-
Konsultan Qaseh Gold
Sungai Buloh

sumber : google

#Sole #mineralsemulajadi #garamsihat #garamkristalhimalaya #YourQasehGoldExpert
#tenagaalami #biophoton #naturalsalts #makanansel #84.mineral









Thursday, 25 August 2016

HABBATUSSAUDA - Biji Jintan Hitam

"Terdapat penyembuhan dalam biji jintan hitam untuk semua penyakit, kecuali mati"

(Sahih Bukhari - Bilangan 7, Buku 71, no hadith 592)

Habbatussauda atau biji jintan hitam (bahasa saintifiknya ialah Nigella Sativa) adalah sejenis herba yang selalu digunakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Asia dan Afrika sebagai bahan dalam masakan mereka.

Biji jintan hitam ini mempunyai banyak khasiat yang bermanfaat untuk badan kita.


credit photo : www.Top10HomeRemedies.com




Apa kandungan nutrisi dalam biji jintan hitam?

Biji jintan hitam mengandungi lebih daripada 100 zat penting. Ia adalah sumber yang kaya dengan asid lemak tepu, sekitar 35% minyak, 21% protein dan 38% peratus karbohidrat. Lebih daripada 50% minyak adalah asid lemak penting.

Asid lemak penting ini mempunyai keperluan yang tinggi kepada badan. Komponen ini yang memberikan kelebihan kepada biji jintan hitam sebagai bahan anti-histamin semulajadi, bahan antioksida, anti jangkitan dan seterusnya menyeimbangkan imunisasi badan.

Bahan-bahan lain yang terkandung dalam biji jintan hitam ini termasuklah kalsium, kalium, besi(iron), zink, magnesium, selenium yang membantu menghalang kerosakan DNA, vitamin A, vitamin B, vitamin B2, vitamin B3 dan vitamin C.

(sumber rujukan : Buku Rasullullah is my Doctor, karya Jerry D. Gray)

Oleh itu, melihat kepada manfaat dan kandungan nutrisinya serta kajian ilmiah yang dibuat betullah seperti yang disebut oleh hadith Rasulullah ini tentang kelebihan biji jintan hitam habbatusauda iaitu ia mempunyai manfaat penyembuhan dan sumber pelbagai vitamin yang penting untuk tubuh kita kekal sihat.


Biji Jintan Hitam boleh membantu isu kesihatan seperti berikut:


  • Asma, masalah bronkiol, paru-paru serta jangkita saluran pernafasan
  • Batuk dan jangkitan kepada tekak
  • Cirit-birit
  • Selsema, Allergy rhinitis atau Resdung, Sinusitis
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah perut
  • Membantu meransang penghasilan susu badan
  • dan banyak lagi.

QASEH GOLD sebagai satu ikhtiar

Qaseh Gold adalah formulasi minuman botanikal yang menggabungkan buahan dan sayuran serta herba terpilih untuk membekalkan variasi vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh badan kita. 

Biji Jintan Hitam atau Habbatussauda merupakan salah satu bahan utama yang dimasukkan ke dalam Qaseh Gold.

Formulasi ini bertujuan membantu badan kita mendapat manfaat penyembuhan dan insyaAllah membantu dalam pencegahan penyakit kronik.


Hubungi Konsultan Qaseh Gold anda hari ini!

Nurliya Ali Hanafiah
013-3703107
Konsultan Qaseh Sungai Buloh


















Tuesday, 23 August 2016

ANTIOKSIDA - RAHSIA PERLINDUNGAN SEL BADAN


Anda pernah dengar tentang ANTIOKSIDA?

Kenapa Antioksida ini penting kepada badan kita?
Apa itu Antioksida?


Hari ini saya ingin berkongsi dan bercerita tentang sahabat SEL kita iaitu Antioksida.
Antioksida amat penting untuk melindungi sel-sel badan kita.
● Antioksida ialah zat makanan yang mampu meneutralkan RADIKAL BEBAS dan berfungsi melindungi tubuh dari serangan radikal bebas(free radikal).
● Radikal Bebas ialah molekul yang tidak stabil terhasil dari hasil proses oksidasi tubuh kita.
● Tanpa Antioksida yang mencukupi dalam tubuh, badan akan mengalami kerosakan DNA dan boleh menyebabkan masalah degeneratif sel.



Monday, 22 August 2016

RADIKAL BEBAS - PEMUSNAH SEL BADAN



Apa dia Radikal Bebas ini?

● Radikal Bebas ialah molekul yang tidak stabil terhasil dari hasil proses oksidasi tubuh kita.

● Radikal bebas ialah molekul oksigen yang mempunyai elektron yang tidak berpasangan.

● Elektron yang tidak berpasangan ini jika tidak dineutralkan dengan ANTIOKSIDA akan merosakkan sel-sel badan kita dan boleh mengubah struktur DNA.

● Jika badan tidak mempunyai sumber Antioksida yang mencukupi, kerosakan yang disebabkan radikal bebas ini lama-kelamaan boleh menyebabkan kita menghidap pelbagai penyakit seperti masalah jantung, masalah buah pinggang, kanser dan penyakit degenaratif

● Oleh itu, amatlah penting untuk mengambil pemakanan yang mempunyai nutrisi yang dapat membekalkan antioksida kepada tubuh.

-akan bersambung : Sumber Radikal Bebas-



Kredit sumber dan gambar : Google

#jomfollowsaya
#nurliyaalihanafiah
#KonsultanBebasPemakanan
#QasehGold

GASTRIK


Gastrik merupakan keradangan pada dinding perut.


Gastrik berpunca kerana:
 Jangkitan bakteria h-pylori
 Penggunaan ubatan
 Stress
 Merokok
 Rembesan asid gastrij yang berlebihan



Gejala penyakit gastrik:
Sakit / rasa terbakar pada bahagian atas perut / ulu hati
 Loya & muntah
 Hilang selera makan
 Najis hitam


Gastrik jika dibiarkan akan mengakibatkan ulser perut, pendarahan serta kanser perut.

Berikhtiarlah dengan Qaseh Gold untuk mengatasi gastrik ini. 

Whatsapp Konsultan Qaseh Gold anda
Nurliya Ali Hanafiah
0133703107

Saturday, 20 August 2016

JANGAN ambil mudah tentang RESDUNG!!!


Rawat sebelum parah!

Tahukah anda, Nisbah 1:3 orang Sedang dijangkiti resdung!  Resdung menyerang pada SEMUA PERINGKAT UMUR!!

Adakah anda mengalami gejala ini ? 
󾮜 gatal Mata, Hidung Dan telinga?
󾮜 pernafasan tersumbat, ber lendir Dan berbau?
󾮜 Hidung kerap berair walaupun tidak SELESEMA?
󾮜rasa berat muka Atau sakit terutama Di kawasan Antara muka? 
󾮜kerap sakit kepala Atau migrain? 
󾮜 sakit tekak secara berpanjangan serta berulang?
󾮜mengalami demam Atau rasa tidak Sedap Badan secara berpanjangan? 
󾮜 Alah makanan, jerawat Atau jeragat?
󾮜keguguran rambut , kepala berkudis Dan berkelumumur?
󾮜bertengkur semasa tidur?
󾮜pernafasan lemah/Asma?
󾮜pendengaran tidak jelas , berdesing Dan bernanah?


Resdung adalah lendir-lendir yang terdapat Di rongga muka Kita ni..

Cara Terbaik adalah cuci Dan buang Kan lendir Tu..

Ada 2 jenis resdung 
1. Alergi
2. Sinusitis

Lihat pada image ini..Beza muka Kita yang sihat Dan dijangkiti Resdung!

• Resdung boleh sebabkan migrain ke?
Ye Betul Sebab kadar ketepuan lendir..
Migrain Sebab oksigen tak Dapat bergerak Dgn Baik..Akibat sumbatan󾌹


Tahukah anda Kanak2 pun alami masalah resdung tau..

Lebih kronik resdung juga boleh menyebabkan Kanser󾌥

Tahukah anda Resdung Akan mengakibatkan 
- Jangkitan otak
- Asma yg teruk..
- Jangkitan tonsil dan telinga.. 

============
Testimoni oleh Shahrazat MS:
"Saya memang ada resdung sebelum ni..selalu gatal kulit kepala, migrain, rambut gugur, dan paling tak boleh tahan..gatal bahagian mata dan dalam telinga..

Tapi, lepas amal makan Qaseh Adinda+Sole, minggu pertama setiap pagi saya akan bersin dan apa yang saya sangat terkejut..ada lendir yang pekat dan berketul2 warna putih keluar melalui hidung.. lepas tuu..memang lega..tapi, berulang setiap pagi hampir seminggu camtu.."
==================

Apakah  bahan yang dalan Qaseh Gold yang dapat bantu kurangkan resdung tu ya?

Kalau nak tahu kandungan dalam qaseh yg dapat bantu masalah resdung ialah SIREH Sebab ia membantu membunuh kuman/bakteria, kulat..

Oleh itu.. saya sarankan anda yang ada masalah resdung, istiqamah dengan Qaseh..
Mencegah lebih baik dari merawat ó¾°€






#QMNSuperbTeam
#QasehGoldPilihanku
#KonsultanQasehGold
#nurliya0133703107
#PusatJualanQasehGoldSungaiBuloh

Friday, 19 August 2016

BAHAYA HB RENDAH


Buat ibu hamil, bila anda pergi membuat 'check up',  Kalau HB rendah, mesti anda kena bebel dengan misi jururawat kan?

Tahukah anda, kalau HB rendah banyak kesan buruk akan berlaku pada anda dan bayi anda?

Ingin tahu apa punca dan kesannya? 


Punca Hb Rendah
___________________

▪ Kurangnya pengambilan zat besi dalam pemakanan
▪ Pendarahan gastrointestinal 
▪ Kekurangan asid folik Peningkatan dalam isipadu darah 
▪ Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah 
▪ Penurunan kadar Hb  normal 
▪ Kehilangan darah dari pendarahan buasir.  


Risiko Hb rendah Kepada Ibu Hamil
____________________________________

▪ Mengalami Keguguran 
▪ Mengalami kegagalan jantung 
▪ Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan.
▪ Pendarahan semasa hamil dan bersalin 
▪ Risiko mengalami penyakit berjangkit 


Risiko kepada Bayi Dalam Kandungan. 
_________________________________

▪ Lahir pramatang atau tidak cukup bulan 
▪ Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg 
▪ Anak lemas semasa lahir atau Aspyxia Intrauterine growth restriction (IURG) atau pertumbuhan janin terbantut. 
▪ Mati ketika dilahirkan atau stillbirth. 

Jadi, amalkan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan HB rendah! Amalkan Qaseh ADINDA sebagai makanan tambahan. Jangan biarkan kalau tak, duduk di ward nanti.




#QMNSuperbTeam
#OneMillionDriveQKN
#SayaKonsultanQaseh
#SetHamil
#SetBerpantang
#PusatJualanQasehGoldSungaiBuloh

MENYUSUKAN BAYI ADALAH JIHAD WANITA - kredit Dr Zubaidi Hj Ahmad


• Dalam satu Journal Clinical Endocrinology, memberitahu bahawa kehausan yang dirasakan oleh wanita yang menyusukan bayi mereka ada kaitan dengan proses fisiologi yang menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh (osmoregulation). Ini berlaku apabila bayi mula menghisap susu ibunya (suckling) menyebabkan kepekatan hormone oxytocin meningkat dalam darah dan seterusnya menyebabkan rasa haus pada ibu dan menggalakkan mereka untuk minum lebih banyak air.

(Rujuk: Clinical Endocrinology (Oxf). 1995 Sep;43(3):277-82).


• Hormone oxytocin juga merangsangkan pengeluaran garam sodium dikeluarkan dari (di bahagian distal tubule dan collecting duct) dalam ginjal.


• Garam sodium ini kemudiannya menarik lebih banyak air dari tubuh untuk keluar melalui ginjal bersama-samanya. Kerana itu, adakalanya hormone oxytocin yang dikeluarkan menyebabkan wanita yang menyusukan anak mudah mengumpul air kencing di pundi kencing dan cepat rasa mahu kencing.

(rujuk: Huang, W., S. L. Lee, and M. Sjöquist. Natriuretic role of endogenous oxytocin in male rats infused with hypertonic NaCl. Am. J. Physiol. 268 (Regulatory Integrative Comp. Physiol. 37): R634–R640, 1995)


• Oleh kerana air kencing banyak dikeluarkan, dengan proses osmoregulation, dalam keadaan di mana tubuh mengalami kekurangan air akan menyebabkan rasa haus. Ini menyebabkan kulit dan bibir boleh menjadi kering.


• Namun begitu, peningkatan hormone oxytocin dalam tubuh memberikan kesan yang berbeza-beza kepada setiap wanita. Jika beliau sensitif terhadap hormone ini, sudah tentu ia memberikan kesan yang lebih berbanding dengan wanita lain.


• Selain itu, hormone oxytocin juga menyebabkan rasa panas (hyperthermia) dalam tubuh kerana memyebabkan kesan mengembangkan saluran darah. Jika terlalu banyak salur darah yang mengembang, ia alan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah pula.

(rujuk: Richard, P., F. Moos, and M. J. Freund-Mercier. Central effects of oxytocin. Physiol. Rev. 71: 331–370, 1991).


• Jadi proses menyusukan anak, bukanlah suatu proses yang mudah. Malah ia adalah proses yang kompleks. Ia adalah JIHAD wanita membesarkan anaknya.

(Kredit to : Dr Zubaidi Hj Ahmad.)

#HebatnyaWanita
#MenyusukanAnak
#QasehGoldMenyokongPenyusuanSusuBadan

TULANG REPUT! Apakah Risikonya kepada Anda?





Masalah Reput Tulang/Osteoporosis

-Wanita lebih risiko mendapat masalah tulang berbanding lelaki.
-Secara puratanya, sebanyak 1:2 wanita berhadapan dengan risiko osteoporosis

-Wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki disebabkan:
-menyusukan anak
-period
-mengandung
-fasa menopous ~ menurunkan kadar kalsium disebabkan oleh perubahan hormon


Siapa yang memerlukan Qaseh Gold Premier?

-Ibu menyusu
-Ibu hamil trimester ketiga
-Mereka yang menderita masalah tulang dan saraf
-Warga 40+tahun


5 sebab kenapa Qaseh Gold Premier dikatakan sebagai supplemen kalsium anda..

1. Kalsium yang diperoleh daripada tulang ikan adalah asli tanpa perisa tambahan.
2. Kalsium tulang ikan mempunyai khasiat lebih tinggi berbanding kalsium sintetik yang dijual di pasaran.
3. Mempunyai tiga kali lebih kalsium berbanding kalsium lain.
4. Satu- satunya formulasi dengan kalsium asli daripada tulang ikan
5. Mudah diserap oleh badan berbanding kalsium sintetik yang memerlukan masa untuk penyerapan

Jadi , ibu-ibu hebat di luar sana jangan ketinggalan untuk mendapatkan produk Qaseh gold premier dengan kadar segera. .

Bahkan untuk ibu yang hamil dan ibu menyusu kami syorkan set Ibu Menawan,
Qaseh Gold Premier & Qaseh Sole.

Untuk maklumat lanjut & konsultasi percuma, 

whatsapp #0133703107
Nurliya Ali Hanafiah
















#KonsultanQasehGold
#pusatjualanqasehgoldsungaibuloh
#QasehGoldLover
#breastfeedingmonth
#Osteoporosis
#QMNSuperbteam
#tulangreput #SungaiBuloh #subangbestari 
#MakananSunnah

REVIEW PRODUK : QASEH KEKANDA

TITLE ABANG SADO tu macam tak kene je. Ye la mana tak nye.. mudah penat, letih dan dan tidak bertenaga bila pulang ke rumah? 

Kasihan anak-anak anda kerana Anda tidak dapat memberi perhatian kepada mereka. Apa lagi ISTERI Anda. Kecewa bukan?

Dalam masa 14 hari, anda akan rasai perubahan kerana Terdapat 15 gabungan formulasi makanan sunnah membantu meningkatkan TENAGA ANDA Berpanjangan setiap hari. (Hubungi #Nurliya0133703107)

RAHSIA Qaseh KEKANDA yang dapat  membekalkan TENAGA SEGERA yg berpanjangan ni ialah Glugos & Fruktos yang terkandung dalam Pes kurma.
Sebab tu jika Anda amal dengan istiqamah anda akan nampak sendiri perubahan. AKTIF setiap hari tak kira  siang & malam ehemm..

Maka tak hairanlah nanti lepas ni ANDA Menjadi  seorang SUAMI, BAPA, ANAK &  lebih FOKUS dengan  Profesion anda dengan lebih CEMERLANG.

Bab ni yang paling digemari..QASEH KEKANDA juga mengandungi TRYPTOHAN yang membantu menstabilkan mood dan menjadikan ANDA lebih CERIA.
Barulah ABANG SADO pujaan Isteri tercinta dan BAPA PENYAYANG. Sentiasa Cool beb.. 
.
Nilaian HEBAT Qaseh Gold KEKANDA serendah RM 86(termasuk pos) khusus buat anda ABANG SADO Pujaan Isteri Tercinta.

#REALTESTIMONI
KONSULTANT QASEH 
#nurliyaalihanafiah


Monday, 4 April 2016

MINERAL dan ANDA


Mineral adalah elemen-elemen yang merangkumi keseluruhan alam semesta kita, bumi kita dan juga, diri kita!

Badan kita telah Allah ciptakan umpama satu 'karya seni agung' yang mana ianya dibentuk dari elemen-elemen mineral tadi. Oleh itu, adalah amat penting untuk menggantikan mineral-mineral yang digunakan oleh badan utk menjalankan proses badan yang berlaku setiap hari.

Maka, sebab itulah amat penting menambahkan supplemen mineral dari SUMBER SEMULAJADI kerana ianya lebih bersesuaian untuk badan kita.

SOLE Mineral by Qaseh Kristal menjadi penyelesaian kekurangan mineral badan, insyaALLAH.

SOLE yang dititiskan kedalam air minuman kita, menjadikan air tersebut cecair ionik yang amat sesuai diserap oleh sel-sel badan untuk proses-proses biologikal dan kimia dalam badan kita.





Whatsapp 013-3703107  untuk penerangan lanjut dan bagaimana SOLE Mineral Kristal boleh membantu anda.


#nurliyaalihanafiah
#pengamalmakanantambahanalami
#KonsultanBebasQasehGolddanSOLE
#pengkajiKeajaibanBadan
#PengedarQaseh

Monday, 28 March 2016

RANGKAIAN PRODUK PEMAKANAN QASEH GOLD

QASEH GOLD ialah formulasi makanan sunnah unggul dan herba terpilih untuk membantu meningkatkan TENAGA FIZIKAL, MINDA DAN EMOSI serta menjana Kesihatan dan Menyerlahkan Kecantikan Semulajadi.

QASEH GOLD ialah Minuman Berfungsi yang sanagt sesuai dan perlu diamalkan oleh:

  • Suami/Ayah
  • Isteri/Ibu
  • Warga Emas
  • Wanita Mengandung, melahirkan dan menyusu
  • Pekerja yang menggunakan tenaga fizikal
  • Pekerja yang banyak menggunakan tenaga minda/berfikir
  • Pasangan yang akan mendirikan rumahtangga
  • Pasangan yang berusaha mendapatkan zuriat
  • Pelajar Universiti/Kolej
  • Ahli Sukan
  • Kanak-kanak

Qaseh Gold ADINDA atau KEKANDA  RM78 


Qaseh Gold PREMIER  RM120




GOJES by Qaseh Gold  RM140 sekotak




SOLE Garam Mineral Kristal  RM60


BEAUTY SERUM GOJES   RM75



*semua harga belum termasuk kos pos

Untuk pertanyaan dan kesesuaian setiap produk , Sila hubungi/sms/Whatsapp Konsultan Qaseh Gold Nurliya 013-3703107


Perhatian: Bagi mereka yang ada masalah diabetes atau kerosakan buah pinggang atau penyakit serius lain, atau alahan terhadap madu, atau mana-mana bahan lain dalam Qaseh Gold, sila dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini.