Garam Kristal Himalaya ialah garam yang mempunyai manfaat kesihatan dan merupakan garam yang paling bersih di dunia. Ia terbentuk lebih kurang 250 juta tahun dahulu (zaman sebelum kewujudan dinasour-prasejarah) apabila cahaya matahari pada masa itu mengeringkan laut utama bumi (original primal sea).
Garam kristal ini sangat bersih, asli tanpa pencermaran dan semulajadi serta sangat menyerupai komposisi laut utama bumi (original primal sea). Ia mengandungi semua elemen yang boleh dijumpai dalam badan manusia iaitu kita!
Garam istimewa ini mengandungi banyak tenaga yang bermanfaat untuk tubuh manusia. Tenaga bio-photon dalam garam kristal ini akan dilepaskan bilamana air ditambah kepada garam kristal ini. Larutan garam kristal ini yang kita kenali sebagai 'SOLE'.
Perbezaan warna pada garam kristal ini ialah disebabkan tekanan yang dikenakan oleh alam selama jutaan tahun dan ini memberikan struktur 'cube' yang lebih sempurna dan tenaga yang lebih hebat didalam garam kristal ini. Lebih jernih dan tidak berwarna sesuatu garam kristal ini, lebih tinggi keaslian dan bersih serta lebih tinggi kandungan mineral dan tenaga bio-photon yang terkandung di dalamnya.
Garam kristal ini mengandungi elemen mineral yang lebih halus(colloidal) dan lebih mudah diserap oleh sel badan kita untuk digunakan dalam proses metabolisme tubuh.
Garam Kristal Himalaya ini merupakan garam yang yang memiliki 84 elemen mineral bernutrisi yang badan kita perlukan. Ia dilombong secara manual (hand mining) dari sumber yang sangat terlindung dari pencemaran, dalam keadaan asli, bersih dan semulajadi. Ia juga tidak mengandungi sebarang bahan kotoran dari pencemaran alam.
Kegunaan Garam Kristal Himalaya:
- Mengembalikan kesegaran tubuh dengan menambahkan dalam air mandian
- Mengembalikan dan merawat kulit
- Terapi minuman untuk isu kesihatan
- Sebagai perasa dalam masakan
- Mempunyai manfaat untuk kesihatan tubuh sepanjang hayat kerana kandungan tenaga bio-photon dari alam.
Garam kristal ini perlu dilombong secara manual dengan tangan (hand mining) untuk mengekalkan struktur gelombang yang memberikan tenaga alami kepada tubuh kita. Oleh sebab itu, ia bukan sahaja menaikkan nilai manfaat garam, harganya juga lebih sedikit dari garam biasa (garam laut, garam bukit)
PERBEZAAN GARAM BUKIT DAN GARAM KRISTAL
Elemen struktur garam bukit hanya berada di bahagian luar kristal dan tidak memiliki frekuensi gelombang tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel badan kita. Garam bukit lebih baik dari garam biasa(table salt) kerana ianya lebih semulajadi. Namun demikian, ia tidak mempunyai sebanyak manfaat yang berguna untuk kegunaan tubuh kita berbanding dengan garam Kristal.
Garam kristal memiliki struktur yang lebih kukuh dengan gelombang tenaga dan bentuk struktur (ionic-colloidal) yang lebih dikenali oleh badan kita. Ini memudahkan sel-sel badan kita menyerap elemen mineral dalam garam kristal. Dalam kata yang mudah, struktur garam kristal ini lebih halus untuk diserap oleh sel-sel dan digunakan dalam proses metabolisme tubuh.
KENAPA GARAM BIASA(table salt) BERBAHAYA?
Garam biasa ini kita juga kenali sebagai sodium chloride. Garam ini ialah garam semulajadi yang telah diproses secara kimia dan dikurangkan elemen mineralnya hanya kepada SODIUM dan CHLORIDE. Mineral penting dan mineral surih/mikro (trace element) dikeluarkan kerana dianggap sebagai bahan kotoran (impurities)
Oleh itu, garam biasa ini tidak memiliki tenaga yang badan kita perlukan kerana komposisi mineral yang sudah berubah dan tidak seimbang. Sodium Chloride memerlukan sumber mineral lain untuk ia berfungsi dengan terbaik. Tanpa mineral-mineral lain, sodium chloride ini menjadi elemen yang sangat aggresif dan boleh memudaratkan.
Maka jadikan garam biasa ini hanya sebagai perasa untuk makanan kita tanpa memiliki tenaga yang sepatutnya bermanfaat untuk tubuh badan.
Garam biasa inilah yang menyumbang kepada isu kesihatan seperti masalah darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan lain-lain.
FUNGSI GARAM dalam TUBUH
Fungsi utama garam dalam tubuh selain membekalkan mineral bertenaga untuk setiap sel, garam memainkan peranan mengimbangkan Ph darah kita. Seterusnya ia membantu menyeimbangkan dan mengawal keseluruhan fungsi sistem badan kita.
Pilihlah garam yang sihat iaitu garam semulajadi yang memiliki tenaga bio-photon alami bermanfaat untuk tubuh badan kita!
-Nurliya Ali Hanafiah-
Konsultan Qaseh Gold
Sungai Buloh
sumber : google
#Sole #mineralsemulajadi #garamsihat #garamkristalhimalaya #YourQasehGoldExpert
#tenagaalami #biophoton #naturalsalts #makanansel #84.mineral

No comments:
Post a Comment