Thursday, 16 March 2017

GENETIK KE NI?

Text by : Nurliya Ali Hanafiah

Kencing manis atau Diabetik (Diebetis) umumnya ramai akan kaitkan dengan faktor genetik. Biasanya mereka yang ada genetik atau keturunan penghidap kencing manis ini berada dalam kelompok mereka yang BERISIKO TINGGI!

Tapi kan kencing manis ini bila diperhatikan boleh sahaja terjadi kepada sesiapa sahaja. Zaman sekarang ini, makin meningkat kes kencing manis dan ini termasuk di luar kelompok mereka ya
ng berisiko tinggi tadi.

Siapakah gerangan mereka ini?
  • Mereka yang ada masalah obesiti - sekarang ini ramai yang mengambil makanan yang tinggi kandungan gula seperti makanan dan minuman ringan dan kebanyakan junk-food.
  • Mereka yang banyak bekerja dalam ofis - biasanya mereka kurang berpeluang bersenam, waktu makan, mereka makan dan terus kembali bekerja di ofis. Mereka mungkin kerja overtime dan makan lewat.
  • Kurang bersenam tapi makan banyak - Bersenam ini sangat bermanfaat untuk membakar lemak dan menggunakan gula yang didapati dari makanan untuk digunakan sebagai tenaga dan dialirkan ke seluruh tubuh.
  • Mengamalkan pemakanan yang kurang sihat - Diet pemakanan yang sihat mestilah merangkumi sumber serat harian yang cukup. Wanita perlukan 25gm serat sehari manakala Lelaki pula perlukan 38gm serat sehari. Serat yang mencukupi boleh mengelakkan kita terlebih makan terutamanya karbohidrat.
  • Mereka yang suka makan lewat malam - ada sesetengah yang kerja shift atau kerja sehingga lewat malam serta mempunyai rutin kerja yang ketat.
  • Wanita HAMIL - ini dipanggil Diabetik Gestasi(GDM) iaitu diabetik semasa hamil kerana berlaku perubahan hormon kepada badan. Diabetik jenis ini jika tidak dikawal boleh berlarutan sehingga selepas bersalin nanti.

Oleh itu, berikhtiarlah mencegahnya sebab dalam kebanyakan keadaan kencing manis ini dapat dicegah, dapat dikawal dan insyaAllah boleh bebas daripadanya bilamana kita menjaga CARA HIDUP dan CARA MAKAN kita.

Usah tunggu dah terkena baru nak cari solusinya sebab bila dah kena sudah terlewat untuk "UNDO". Proses merawat juga akan mengambil masa dan ini bakal menuntut kesabaran yang tinggi.

*Disclaimer : Info ini adalah dari pemerhatian dan pembacaan penulis untuk tujuan pendidikan dan bukanlah sebagai diagnosis perubatan


Nurliya Ali Hanafiah 0133703107
-Konsultan Qaseh Gold Sungai Buloh Paya Jaras-



SET CEGAH DIABETIK WANITA : ADINDA+SOLE 

SET CEGAH DIABETIK LELAKI : KEKANDA + SOLE

RM 138 sahaja + pos laju RM 12(semenanjung)




No comments:

Post a Comment