Monday, 21 March 2016

Assalamualaikum dan Salam perkenalan.

Siapa saya? -Part 1


Nama saya Nurliya Ali Hanafiah.. Minat utama saya ialah kesihatan dan ilmu perubatan alternatif, holistik dan komplementari. 

Oleh sebab minat saya ini, saya memfokuskan minat saya dalam memasarkan produk-produk makanan kesihatan yang berasaskan sumber alami. 

Kenapa ya kesihatan? Sebab kesihatan adalah satu nikmat yang besar dan penting kerana dengan kesihatan yang baik akan memudahkan kita beramal ibadah. Bukankah itu tujuan utama kita hidup di dunia ini, betulkan?

Saya sudah berkecimpung dalam dunia kesihatan alami dan makanan kesihatan sudah hampir 10 tahun. Bagaimana saya bermula ya? Bila difikir-fikirkan semula, sebenarnya saya sudah disedarkan tentang supplemen(makanan tambahan) sejak saya berumur 5 tahun.

Amboi..awalnya..pastinya anda tertanya-tanya.. Iya, memang awal.. sebabnya saya ini sejak kecil sering didatangi masalah lelah dan alergi yang akan menyerang hampir setiap bulan.. Pada umur yang masih terlalu muda, bapa saya tidak mahu saya terlalu bergantung dengan ubatan tidak semulajadi. Maka, atas sebab itu bapa saya membekalkan saya dengan supplemen pertama saya iaitu minyak ikan cod. Masa tu supplemen semua datang dari luar negara dan harganya agak tinggi(zaman 80an)

Dengan supplemen ini yang saya amalkan penuh dedikasi setiap hari walaupun rasanya sangatlah tak sedap, serta digabungkan dengan madu asli, alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat membebaskan diri saya dari serangan asma yang datang setiap bulan tu. Bila umur saya menjangkau 7 tahun, saya sudah tidak perlu bergantung dengan ubatan lelah(ventolin). Saya berasa lebih bersemangat untuk aktif dan tidak risau akan serangan lelah lagi.

Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah badan kita ini mempunyai mukjizat yang tersembunyi..Badan kita ini diciptakan dengan penuh kehebatan dan keistimewaan dimana badan kita ini sebenarnya mampu untuk melakukan penyembuhan sendiri (self-healing). Apa yang kita perlu lakukan ialah berusaha mencari sehingga berjumpa yang bersesuaian untuk badan kita. Bila kita dah berjumpa, insyaAllah sembuhlah masalah kesihatan kita..Oleh itu, konsisten dan kesabaran adalah penting kerana setiap sesuatu telah Allah aturkan mengikut masanya..


Inspirasi Saya
.
-akan bersambung di Part 2


No comments:

Post a Comment