-sambungan dari post sebelum
Bapa saya menghidap ketumbuhan(polip) di dalam hidung yang mana ianya telah berlanjutan selama lebih 40 tahun. Syukurnya, ketumbuhan itu bukanlah sel kanser yang aktif, namun ianya tetap menganggu aktiviti harian beliau kerana beliau tidak dapat bernafas dengan selesa. Ketumbuhan itu menghalang ruang saluran pernafasan (nasal passage) dan beliau sentiasa dalam keadaan mengalami selsema 24 jam.
Bayangkan keseksaannya bilamana perlu sentiasa membawa tisu, kesakitan dibahagian dahi dan kesukaran bernafas, perlu pula bekerja. Ianya sangat tidak selesa dan menyukarkan aktiviti. Pada masa itu, bapa saya juga telah menjalani 4 kali pembedahan untuk membuang ketumbuhan, namun setiap kali ianya akan tumbuh kembali!
Apa yang beliau buat sepanjang 40 tahun menghadapi keadaan itu dan ikhtiar untuk memberi sedikit kelegaan supaya beliau boleh bernafas dengan selesa?
Saya sentiasa nampak beliau amalkan minum air madu + limau yang dibuat suam ( setiap pagi lepas subuh menjadi rutin saya atau adik perempuan saya utk buatkan kepada beliau). Setiap bulan, ayah saya belanjakan ratusan ringgit untuk membeli supplemen seperti vitamin, supplemen herba seperti pil garlic dan bermacam-macam supplemen bersumberkan tumbuhan. Ada yang memberi kelegaan ada yang tidak. Namun demikian, setiap supplemen ini memberi manfaat yang berbeza dan boleh nampak kebaikan untuk jangka masa panjang.
Satu yang beliau tidak pernah tertinggal sampai sekarang iaitu MADU! Dan beberapa tahun selepas itu, kami sekeluarga juga mengamalkan HABATUSSAUDA yang juga membantu menguatkan sistem imun badan.ti
Bapa saya sentiasa berusaha dengan pelbagai bahan pemakanan tambahan untuk membantu masalah beliau sehinggalah beberapa tahun yang lalu, beliau menjalani pembedahan yang kelima untuk membuang ketumbuhan di hidungnya.
Alhamdulillah, dengan teknologi yang baru, kali ini pembedahan tersebut lebih berkesan dan ketumbuhan itu sudah tidak tumbuh. Selepas daripada itu sehinggalah sekarang, bapa saya masih lagi mengamalkan MADU+HABBATUSSAUDA+ supplemen pemakanan lain untuk terus menjaga kesihatan beliau.
Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah kita hendaklah sentiasa berusaha mencari penawar kepada masalah kesihatan yang kita alami dan kita juga seharusnya mula menjaga kesihatan kita dengan menjaga diet harian dan pastikan kita mematuhi keperluan diet harian yang disarankan. Supplemen pemakanan ini adalah untuk menambahkan kepada kekurangan nutrisi dari diet harian kita.
Semangat bapa saya inilah yang menjadi titik permulaan minat saya kepada kesihatan dan pemakanan. Memerhati beliau sentiasa sabar menghadapi ketidakselesaan dan tanpa henti mencari supplemen untuk membantu masalah kesihatannya, mendorong saya untuk sentiasa belajar tentang pemakanan dan khasiat terutamanya pemakanan yang disebut di dalam Al-QURAN.
Oleh sebab itu juga saya mengambil keputusan mengamalkan produk minuman botanikal Qaseh Gold kerana ianya padat dengan pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan digabungkan dengan tumbuhan alami yang menyimpan pelbagai khasiat luar biasa. Maka akhirnya, saya terus menjadi KONSULTAN Qaseh Gold dan Pengedar produk ini untuk menyampaikan apa yang saya tahu iaitu berkongsi manfaat dan khasiat pemakanan kesihatan serta memupuk kecintaan kepada penjagaan kesihatan sebagai langkah pencegahan penyakit, InsyaAllah.